SELOBAK Eko-Sawit Fun Run 2026 header

SELOBAK Eko-Sawit Fun Run 2026

Larian Hijau, Komuniti Bersatu! Sertai larian sulung kami merentasi keindahan ladang sawit Changkat Lobak. Sihatkan tubuh, eratkan silaturahim, dan beramal untuk dana PIBG SKCL.

Apa Itu SELOBAK Fun Run?

SELOBAK Eko-Sawit Fun Run adalah acara larian komuniti julung kali yang dianjurkan untuk meraikan gaya hidup sihat sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sekitar Changkat Lobak. Program ini bukan sekadar larian biasa, tetapi satu platform untuk mengeratkan hubungan antara komuniti, mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Changkat Lobak, dan mempromosikan kelestarian alam sekitar.

Alami keunikan laluan kami: larian sejauh 1.25 km di jalan tar diikuti dengan 3.75 km meredah laluan sawit yang redup dan mendamaikan!

Ole-Ole Disediakan

Baju Eksklusif SELOBAK Eko-Sawit Fun Run 2026 - Carrot Orange

Medal Eksklusif SELOBAK Eko-Sawit Fun Run 2026

Sijil Penyertaan combo Kebangsaan PAJSK Eksklusif SELOBAK Eko-Sawit Fun Run 2026

Berserta Cabutan Bertuah, pelbagai hadiah, aktiviti checkpoint trek larian serta jamuan makan minum turut disediakan.

Simpan Tarikh Anda!
Poster rasmi SELOBAK Eko-Sawit Fun Run 2026 Utama.
Poster tambahan SELOBAK Eko-Sawit Fun Run 2026.
2 Mei 2026 (Sabtu)
7.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari
SK Changkat Lobak (Mula & Tamat)
Jarak: 5 KM (Eko-Sawit Track)
Tema Pakaian: Carrot Orange 🧡

Pilih Kategori Anda

Daftar awal untuk menikmati harga istimewa!

Early Bird (300 Terawal)
RM 50.00
  • Medal
  • T-Shirt
  • Sijil Bercetak Fizikal dan Sijil Digital (Peringkat Kebangsaan PAJSK disediakan untuk Murid Institusi KPM)
  • Cabutan Bertuah
  • Makan/Minum
Carrot Team (Murid Institusi KPM)
RM 35.00
  • Medal
  • T-Shirt
  • Sijil Bercetak Fizikal dan Sijil Digital (Peringkat Kebangsaan PAJSK disediakan untuk Murid Institusi KPM)
  • Makan/Minum

Hanya untuk Murid Institusi KPM sahaja

Bukan Sekadar Larian

Fun Games di Checkpoint

Guli Bank, Getah Gundu, Anyaman Ketupat, dan Tengteng.

Aktiviti Tambahan

  • Mewarna Kanak-kanak (Umur 4 hingga 9 tahun)
  • Persembahan Karaoke (anda dijemput karaoke lagu kegemaran anda sambil menyumbang kepada Tabung PIBG SK Changkat Lobak)

Cabutan Bertuah

Pelbagai hadiah menarik menanti anda!

Jadual Hari Kejadian
2 Mei 2026 (Sabtu) | SK Changkat Lobak (Mula & Tamat)

7:30 Pagi

Pendaftaran & Sarapan

8:15 Pagi

Sesi Memanaskan Badan (Senamrobik)

8:30 Pagi

Pelepasan Peserta Larian (Flag-off)

9:30 Pagi

Permainan Tradisional & Aktiviti Sampingan Bermula

10:30 Pagi

Sesi Cabutan Bertuah & Open Karaoke

11:30 Pagi

Penyampaian Hadiah & Sesi Fotografi

12:00 TGH

Makan Tengah Hari & Bersurai

Rakan Kolaborasi

Sokongan Utama

Logo FELCRA

FELCRA Berhad

Wilayah Perak

Dengan Kerjasama

Logo PIBG SKCL

Persatuan Ibu Bapa & Guru

SK Changkat Lobak

Logo PDRM

Cawangan Trafik

IPD Kerian

Logo SKCL

Jawatankuasa Urusetia

Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak

Berminat Menjadi Rakan Penaja?

Kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi rakan strategik, penaja utama atau penaja bersama. Untuk perbincangan lanjut, sila hubungi:

  • En. Mohd Fauzi Bin Mohamad Yazid (Guru Besar SK Changkat Lobak) di talian 016-4174117.
Pertanyaan & Lokasi Larian

Ada sebarang soalan mengenai pendaftaran atau acara? Hubungi kami!

Urusetia 1: 011-25058284 (En. D. Arifin - Penolong Kanan Kokurikulum, SK Changkat Lobak)
Urusetia 2: 013-9576312 (Pn. Siti Suhaila - Setiausaha Urusetia)
05-8395732 (Pejabat Jawatankuasa Urusetia Sekolah)
E-mel: aba3004@moe.edu.my (Email Jawatankuasa Urusetia Sekolah)